IKLIM
1 min membaca
29 kawasan catat IPU tahap bahaya
Empat kawasan di Sarawak mencatatkan tahap sangat tidak sihat, dengan IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi 298, diikuti Kuching (252), Sri Aman (232) dan Samarahan (230).
29 kawasan catat IPU tahap bahaya
(FAIL) Bacaan tidak sihat turut direkodkan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Perak, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan. / Reuters

Sebanyak 29 kawasan di seluruh Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat hingga sangat tidak sihat setakat 10 pagi Selasa, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Empat kawasan di Sarawak mencatatkan tahap sangat tidak sihat, dengan IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi 298, diikuti Kuching (252), Sri Aman (232) dan Samarahan (230).

Beberapa kawasan lain di Sarawak turut mencatatkan tahap tidak sihat, selain enam kawasan di Selangor termasuk Johan Setia, Shah Alam, Banting, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Selangor.

Bacaan tidak sihat turut direkodkan di beberapa kawasan di Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan, manakala 39 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan tahap sederhana hingga baik.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.

Bacaan melebihi 300 pula dikategorikan sebagai berbahaya. Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara.

SUMBER:TRT Global