Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim atas pemergian abangnya, Idrus Ibrahim, dalam perbualan telefon hari ini.
“Ingatan dan doa beliau amat bermakna buat kami sekeluarga dalam saat yang berat ini,” kata Anwar dalam hantaran di Facebook.
Menurut Anwar, Erdogan turut menitipkan salam takziah kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
“Kami turut bertukar pandangan terkait beberapa isu semasa yang menjadi perhatian bersama,” katanya, tanpa memperincikan perkara yang dibincangkan.
SUMBER:TRT Global






















