IKLIM
1 min membaca
Fenomena 'Super' El Nino dijangka catat rekod suhu baharu di Malaysia tahun depan
Suhu maksimum dijangka melepasi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu 40.1 darjah Celsius yang dicatatkan di Chuping, Perlis pada tahun 1998.
Fenomena 'Super' El Nino dijangka catat rekod suhu baharu di Malaysia tahun depan
(FAIL) MetMalaysia meramalkan kemuncak fenomena Super El Nino berlaku antara Mac dan Mei 2027. / Reuters

Malaysia dijangka mengalami suhu panas luar biasa yang boleh mencatat rekod baharu pada tahun depan berikutan fenomena El Niño yang semakin kuat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip, memberitahu Reuters bahawa gelombang haba ini diramal memberi impak signifikan kepada corak cuaca negara.

MetMalaysia meramalkan kemuncak fenomena ini berlaku antara Mac dan Mei 2027.

Suhu maksimum dijangka melepasi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu 40.1 darjah Celsius yang dicatatkan di Chuping, Perlis pada tahun 1998.

"Berdasarkan data ini, kita boleh menjangkakan satu lagi lonjakan besar suhu akan berlaku," kata Mohd Hisham Mohd Anip, sambil menambah bahawa pemanasan global turut menyumbang kepada peningkatan suhu semasa.

MetMalaysia turut meramalkan pengurangan taburan hujan yang ketara di seluruh negara.

Keadaan cuaca lebih panas dan kering ini dijangka memberi kesan terutamanya di kawasan utara Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak yang merupakan negeri pengeluar utama minyak kelapa sawit di Malaysia.

"Kesan terkuat El Niño secara tradisinya kerap dilihat di Sabah berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan Lautan Pasifik," tambah Mohd Hisham.

Keadaan ini menuntut kesiapsiagaan berterusan daripada pelbagai pihak bagi menghadapi risiko kemarau, gelombang haba dan impak terhadap sektor pertanian negara menjelang kemuncak fenomena berkenaan.

SUMBER:Reuters