Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengecam kejadian seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang oleh seorang lelaki warga asing di Kepong, pada petang Rabu.
Belia berkata sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali.
“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas.
“Saya mendoakan agar anggota berkenaan segera diberi kesembuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan akibat diserang menggunakan parang itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.






















