ASIA
1 min membaca
Institusi Raja tidak boleh tunduk kepada kepentingan politik — Anwar
Merujuk perkembangan di Negeri Sembilan, Anwar mengkritik pihak yang lantang mempertahankan institusi Raja Melayu tetapi mahu menolak seseorang Raja apabila sesuatu keputusan tidak selari dengan kehendak mereka.
Institusi Raja tidak boleh tunduk kepada kepentingan politik — Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-41 di Melaka. / Facebook/Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan kedudukan Raja Melayu mesti dihormati mengikut Perlembagaan dan undang-undang, serta tidak boleh diubah mengikut kepentingan politik pihak tertentu.

“Kita ikut Perlembagaan dan undang-undang. Kalau Raja ini kita boleh tukar-tukar ikut bulan, sistem Raja akan gagal,” katanya ketika merasmikan Malam Kebudayaan Cina 2026 di Kota Laksamana, Melaka.

Merujuk perkembangan di Negeri Sembilan, Anwar mengkritik pihak yang lantang mempertahankan institusi Raja Melayu tetapi mahu menolak seseorang Raja apabila sesuatu keputusan tidak selari dengan kehendak mereka.

“Saya tak boleh terima,” katanya.

Beliau menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan bahawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ada adalah sah, dan sebarang pertukaran perlu melalui proses yang termaktub dalam Perlembagaan serta undang-undang.

Anwar turut memberi amaran bahawa kestabilan boleh terjejas apabila institusi Raja dijadikan isu politik atau cuba dipengaruhi supaya membuat keputusan mengikut kehendak pihak tertentu.

“Raja mesti ikut Perlembagaan. Raja jangan ikut orang politik, negeri akan rosak,” katanya.

SUMBER:TRT Global