Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.
Seorang lagi aktivis dari Malaysia, Razman Mat Ali masih berada di Istanbul bagi menerima rawatan selepas mengalami paru-paru bocor, akibat ditumbuk tentera Israel.
