Ahli Majlis NYC kongsi video anti-Muslim
00:34
Dunia
Ahli Majlis NYC kongsi video anti-Muslim
Sekumpulan pemimpin Muslim, Yahudi dan sekutu mereka mengadakan sidang media tergempar pada Khamis bagi mengecam hasutan anti-Muslim yang tercetus susulan video dikongsi Vernikov.

Ahli Majlis Bandaraya New York, Inna Vernikov berkongsi video berunsur anti-Muslim hanya beberapa hari selepas insiden tembakan di sebuah masjid di San Diego yang mengorbankan tiga umat Islam.

Vernikov merakam — tanpa kebenaran — sekumpulan umat Islam yang sedang menunaikan solat di luar sebuah masjid di New York dan memberi gambaran bahawa mereka merupakan ancaman kepada pelajar di sebuah sekolah menengah Yahudi berhampiran.

“Mengapa sekumpulan LELAKI DEWASA perlu melakukan ini betul-betul di luar sekolah yang dipenuhi kanak-kanak perempuan Yahudi??? Bukankah MASJID tempat untuk perkara seperti ini? Adakah ini disengajakan?” tulis Vernikov di platform X.

Sekumpulan pemimpin Muslim, Yahudi dan sekutu mereka mengadakan sidang media tergempar pada Khamis bagi mengecam hasutan anti-Muslim yang tercetus susulan video dikongsi Vernikov.

“Ahli Majlis Vernikov menggambarkan lelaki Muslim yang menunaikan solat Jumaat di luar Masjid Al Madina di Brooklyn sebagai mencurigakan dan mengancam, selain membayangkan tingkah laku yang buruk pada hari paling suci, iaitu hari Jumaat. Hal ini tetap dilakukan walaupun pihak pengurusan Yeshiva kemudiannya mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan tiada sebarang insiden atau konflik berlaku antara kedua-dua komuniti jiran tersebut,” jelas Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) dalam satu kenyataan.

Video lain
Tentera Israel tahan kanak-kanak Palestin
Rakyat Israel anjur sesi yoga besar-besaran untuk pulih daripada PTSD akibat melakukan genosid
Serangan Israel ke atas kereta di Bandar Gaza
Penduduk haram Israel lakukan ritual Talmud di Al-Aqsa
PM ke Jepun, perkukuh hubungan dan teroka peluang baharu
Gempa bumi kuat melanda selatan Filipina
Fail Peter Mandelson dedahkan kaitan dengan Israel dan Palantir
Aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 selamat pulang ke Malaysia
Aktivis Global Sumud Flotilla yang ditahan Israel tiba di Istanbul
Polis New York tangkap lelaki guna pisau ugut empat Muslim