Polis Bandar Raya New York menahan seorang lelaki yang mengugut empat lelaki Muslim menggunakan pisau ketika mereka keluar dari sebuah premis Applebee’s di Brooklyn pada malam Ahad, menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR).
“Ketika kumpulan itu keluar dari premis berkenaan, mereka menyedari seorang lelaki yang duduk berhampiran pintu keluar sedang memerhatikan mereka secara agresif. Salah seorang daripada kumpulan itu mengenali individu tersebut daripada beberapa pertemuan terdahulu berkaitan protes, di mana lelaki itu didakwa dilihat memakai bendera Israel serta menjerit kenyataan berbaur perkauman termasuk ‘Saya benci orang kulit hitam,’” menurut kenyataan CAIR.
“Beberapa ketika kemudian, lelaki itu didakwa menjerit kepada kumpulan tersebut supaya ‘masuk semula ke dalam,’ mengekori mereka ke arah pintu masuk, sebelum mengacukan pisau berhampiran pintu premis,” menurut kenyataan media itu lagi.
