ASIA
1 min membaca
PM: Ekonomi Malaysia atasi unjuran suku pertama
Ekonomi Malaysia dilaporkan mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, mengatasi ramalan awal sebanyak 5.3 peratus.
PM: Ekonomi Malaysia atasi unjuran suku pertama
Lonjakan pertumbuhan ekonomi dipandu oleh sokongan padu pelbagai faktor domestik serta luaran yang kekal positif, kata Anwar. / Facebook/Anwar Ibrahim

Prestasi ekonomi Malaysia bagi suku pertama tahun ini melonjak melebihi unjuran awal, walaupun terkesan dengan lonjakan harga minyak global susulan pergolakan yang sedang berlaku di Asia Barat, menurut laporan Berita Harian.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ketika unjuran ekonomi dibuat, harga komoditi itu dianggarkan sekitar AS$70 setong.

Bagaimanapun, konflik yang berlarutan telah mengheret harga minyak mentah melepasi paras AS$100 setong ketika ini.

"Pada suku pertama tahun ini, dalam keadaan sibuk dengan perang Teluk, harga minyak kemudian sekarang sudah lebih AS$100 dolar setong. Bagaimanapun, Alhamdulillah. Dalam keadaan begitu pun, prestasi pertumbuhan ekonomi kita tahun lalu dan suku pertama tahun ini lebih tinggi daripada unjuran," katanya semasa berucap di majlis Anugerah Sukan Negara 2025.

Ekonomi Malaysia dilaporkan mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, mengatasi ramalan awal sebanyak 5.3 peratus.

Lonjakan berkenaan dipandu oleh sokongan padu pelbagai faktor domestik serta luaran yang kekal positif.

Pencapaian memberangsangkan ini sekali gus mencerminkan daya tahan asas ekonomi domestik negara, biarpun terpaksa mengemudi badai ketidaktentuan pasaran global dan serantau.