Polis Israel bertindak menggunakan kekerasan bagi menyuraikan orang ramai yang berhimpun membantah rang undang-undang hukuman mati ke atas tahanan Palestin, dengan menggunakan semburan air.
Dalam tindakan keras tersebut, jurugambar veteran Menachem Kahana tercedera selepas terkena tembakan semburan air di bahagian mukanya sehingga menyebabkan beliau terjatuh. Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital.
