TÜRKİYE
2 min membaca
Duran: Harapan masa depan dunia terletak pada seruan Türkiye
D bawah kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan, Duran berkata Türkiye konsisten memperjuangkan diplomasi di tengah-tengah keruntuhan institusi antarabangsa dan krisis legitimasi global.
Duran: Harapan masa depan dunia terletak pada seruan Türkiye
Ketua Komunikasi Pejabat Presiden Burhanettin Duran menggariskan peranan penyatuan yang dimainkan Türkiye semasa Forum Diplomasi Antalya. / AA

Forum Diplomasi Antalya (ADF) kini menjadi platform global utama dalam menyuarakan pembentukan dunia yang lebih adil, kata Ketua Komunikasi Pejabat Presiden Türkiye Burhanettin Duran.

D bawah kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan, Duran berkata Türkiye konsisten memperjuangkan diplomasi di tengah-tengah keruntuhan institusi antarabangsa dan krisis legitimasi global.

Mengulas mengenai peranan ADF, Duran menekankan kepentingan memberi suara kepada negara-negara dari pelbagai benua untuk menyatakan pandangan mereka.

“Di sini, kami melihat sebuah organisasi yang memberi suara kepada banyak negara dari pelbagai benua, termasuk Afrika. Keadilan adalah konsep yang asas, dan dengan menyatakan bahawa ‘dunia yang lebih adil adalah tidak mustahil,’ Türkiye menunjukkan betapa pentingnya diplomasi dan bahawa dunia tidak seharusnya dipacu oleh konflik,” katanya.

Duran turut menyentuh mengenai peralihan sistem antarabangsa kepada aturan multipolar yang masih tidak menentu.

Menurut beliau, seruan Türkiye untuk membina semula dunia adalah kunci kepada kestabilan masa hadapan.

“Apabila menyentuh tentang di mana harapan untuk masa depan dunia akan muncul, kami amat mementingkan konsep yang diutarakan oleh Türkiye dan seruannya: ‘Mari kita bina semula dunia bersama-sama,’” jelas beliau.

Mengenai reformasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Duran mengingatkan bahawa dunia memerlukan nilai dan pengagihan kuasa yang baharu.

“Pemimpin dunia semakin bersetuju bahawa sistem PBB mesti direformasi. Namun, kita masih tidak tahu bagaimana dunia baharu itu akan dibina atau atas nilai apa ia akan ditegakkan,” katanya.

Beliau menambah bahawa Türkiye bersedia menyumbang melalui mediasi, kerjasama pertahanan dan "diplomasi pemimpin" yang dipelopori Erdogan.

Dalam pada itu, Duran memberi amaran keras terhadap ancaman maklumat palsu dan tidak tepat dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI).

"Sama ada soal melindungi anak-anak kita atau menjaga pendapat umum, ia kini menjadi isu keselamatan yang mendesak. Setiap negara sedang menggubal undang-undang baharu untuk memerangi maklumat palsu dan tidak tepat seiring dengan risiko transformasi digital ini,” tambahnya.

Duran turut menyeru agar komuniti antarabangsa beralih kepada fasa "pemberian semual maklumat" (re-information) bagi menjamin kebenaran.

"Isu maklumat palsu dan tidak tepat telah menjadi ancaman serius dalam dunia di mana garis antara realiti dan simulasi semakin kabur. Perang tidak lagi hanya di medan tempur, tetapi juga dalam ruang komunikasi. Türkiye bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi menyampaikan kebenaran kepada generasi akan datang,” katanya lagi.

Ketua Komunikasi Pejabat Presiden Burhanettin Duran menggariskan peranan penyatuan yang dimainkan Türkiye semasa Forum Diplomasi Antalya.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Türkiye selar fitnah tidak berasas ‘pakar genosid Netanyahu’ terhadap Presiden Erdogan
Menghubungkan Selat Bosphorus-Selat Melaka: Koridor kewangan, pengetahuan Türkiye dan Malaysia
Erdogan sambut Aidiladha dengan mesej solidariti untuk Gaza, bidas kezaliman Netanyahu
Fahami krisis kepimpinan CHP
Türkiye umum Formula 1 bakal kembali ke Istanbul Park pada 2027
Forum Diplomasi Antalya memperluas peranan diplomatik Türkiye, kata Fidan
Israel guna keselamatan sebagai alasan untuk rampas 'lebih banyak tanah': Menteri Luar Türkiye Fidan
Presiden Erdogan sifatkan aturan global di ‘ambang berbahaya,’ seru diplomasi dan kestabilan
Forum Diplomasi Antalya 2026 bermula dengan kehadiran pemimpin global
The Daily Telegraph padam laporan palsu mengenai Erdogan
Pemimpin dunia berkumpul di Türkiye untuk Forum Diplomasi Antalya ke-5
Insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, 3 pengganas "dineutralkan" - Menteri Turki
‘Penentang kronik’: Mengapa peranan Türkiye dalam NATO buat Israel gelisah?
Türkiye tidak akan berdiam diri bila Israel campak seluruh rantau dalam kancah peperangan: Erdogan
Presiden Turkiye gesa perpaduan semasa Aidilfitri di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah
Türkiye kecam rancangan jahat cetus perang saudara di Iran: Fidan
Sokongan NATO kepada Türkiye uji kesediaan pakatan itu semasa berdepan ketegangan Timur Tengah
12 Mac, hari memperingati lagu kebangsaan dan penyair nasional Türkiye, Mehmet Akif Ersoy
Türkiye sokong keamanan, mahu lihat gencatan senjata dalam perang Iran, kata Erdogan
Erdogan: Hentikan perang AS-Israel ke atas Iran sebelum ia merebak