Serangan udara ke atas sebuah sekolah asrama di wilayah Rakhine, Myanmar, pada 12 September telah mengorbankan sekurang-kurangnya 22 pelajar and banyak yang tercedera. Tentera Myanmar menyerang sekolah di Kyauktaw sekitar jam 1 pagi waktu tempatan ketika para pelajar tengah tidur.
Video dari kumpulan tempatan menunjukkan asrama yang musnah bermandikan darah. UNICEF mengutuk serangan tersebut, memberi amaran bahawa ia menunjukkan keganasan yang makin meningkat di Rakhine serta menyeru semua pihak untuk melindungi orang awam sepertimana yang dinyatakan oleh undang-undang antarabangsa.
