Gelombang protes yang diterajui golongan muda di Eropah kini merebak ke Greece apabila ribuan pelajar dan guru berarak di Athens pada 21 Oktober, menuntut peningkatan peruntukan pendidikan, perumahan mampu milik dan kenaikan gaji.
Pelajar universiti menggesa bantuan kewangan yang lebih besar serta penyediaan penginapan percuma susulan peningkatan kos sara hidup. Sementara itu, pelajar sekolah menengah menuntut lebih banyak peruntukan untuk sekolah, manakala golongan guru mendesak kenaikan gaji.
Protes itu berlangsung ketika beberapa negara Eropah turut menyaksikan gelombang bantahan berkaitan pendidikan dan kos sara hidup, termasuk Perancis, Albania, Itali, Belgium dan Portugal.
