Penduduk haram Israel membakar rumah milik komuniti Badwi Palestin di Mikhmas, Tebing Barat yang diduduki.
Tiada kecederaan dilaporkan kerana penduduk mula mengambil tindakan untuk bermalam di sebuah kampung berdekatan susulan serangan, keganasan dan tindakan membakar yang semakin berleluasa dalam kalangan penduduk haram di kawasan tersebut.
