Israel culik aktivis secara haram di perairan antarabangsa
00:23
Israel culik aktivis secara haram di perairan antarabangsa
‘Macam lanun. Israel boleh beroperasi dengan sewenang-wenangnya, jauh melampaui sempadannya sendiri tanpa sebarang kesan,’ kata penganjur.

“Tindakan Israel ini menunjukkan tindakan ganas yang tidak pernah berlaku sebelum ini: menculik orang awam di tengah-tengah Laut Mediterranean, lebih 600 batu (965.6 km) dari Gaza, di hadapan mata dunia.”

Global Sumud Flotilla berkata Israel telah mula merampas kapal-kapalnya dan menahan semua aktivis.

“Macam lanun. Tindakan menahan orang ramai berhampiran Crete ini adalah salah di sisi undang-undang dan menunjukkan Israel boleh beroperasi dengan sewenang-wenangnya, jauh melampaui sempadannya sendiri, tanpa sebarang kesan,” kata penganjur dalam satu kenyataan media.

“Tiada negara yang mempunyai hak untuk menuntut, mengawal atau menduduki perairan antarabangsa. Namun, itulah yang sebenarnya dilakukan oleh Israel, dengan meluaskan rejimnya sehingga menduduki Laut Mediterranean di luar pantai Eropah,” tambah kenyataan itu lagi.

Video lain
Mesut Ozil meluangkan masa hadiri Klinik Bola Sepak di Perak
Serangan Israel membunuh orang awam di utara Gaza
“Saya rasa malu jadi orang Yahudi hari ini”
Necmeddin Bilal Erdogan seru hubungan dunia Islam diinstitusikan
Anwar Ibrahim, Mesut Ozil sertai forum perpaduan ummah
Lawatan PM Anwar bertemu mangsa kebakaran di Sandakan
Hampir 1,000 penduduk terjejas susulan kebakaran hutan paya bakau di Dungun
Penduduk haram bakar rumah warga Palestin
Kerjasama pertahanan Malaysia, Türkiye diperkukuh menerusi kolaborasi baharu
Kebakaran musnahkan rumah atas air di Sandakan