Global Sumud Flotilla berkata pada petang Isnin bahawa tentera Israel sedang cuba menyerang kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Gaza di luar pesisir pantai Greece, di mana mereka berdepan pengawasan dan intimidasi berlebihan di tengah laut.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata armada gabungan Freedom Flotilla—yang kini sedang berlayar di perairan Greece untuk menyertai misi Global Sumud ke Gaza—berada di bawah "pengawasan ketenteraan yang aktif dan penuh intimidasi."
Menurut kenyataan itu, pada jam 19:27 waktu Palestin, empat buah kapal melaporkan sebuah helikopter tentera sedang berlegar di ruang udara berhampiran mereka. Pada jam 21:53 pula, para peserta melaporkan kehadiran tiga buah dron di ruang udara serta sebuah kapal yang tidak dikenali telah memadamkan lampu navigasinya dengan sengaja.
