Kepulan asap kelihatan di ruang udara selatan Lubnan selepas tentera Israel dilaporkan melancarkan serangan menggunakan fosforus di kawasan Yahmar al Shaqif, Nabatieh.
Bahan kimia tersebut akan terbakar apabila terdedah kepada oksigen dan boleh menyebabkan kebakaran di rumah, kawasan pertanian, serta objek lain. Penggunaan bahan tersebut di kawasan orang awam adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa.
Serangan itu berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 24 April mengumumkan lanjutan gencatan senjata.
