Polis Britain menahan seorang penunjuk perasaan penyokong Palestin yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) di luar persidangan Parti Buruh di Liverpool. Wanita itu memegang sepanduk yang bertulis, "Saya tentang genosid. Saya sokong Palestine Action."
Kerajaan UK telah mengisytiharkan kumpulan Palestine Action sebagai kumpulan pengganas. Sejak itu, beratus-ratus penyokong, termasuk warga emas dan OKU, telah ditangkap semasa protes mingguan menyokong Palestin di seluruh UK.
