Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan ramai lagi cedera apabila rejim Zionis Israel mengebom kawasan khemah pelarian Palestin di kejiranan Rimal di Gaza pada 8 Julai.
Pada hari yang sama, serangan Israel yang tiada tanda noktah telah membunuh sekurang-kurangnya 95 rakyat Palestin di Gaza.
