8 April 2026
Pendatang haram Israel memusnahkan hampir 400 batang pokok zaitun matang di dataran Turmus Ayya, utara Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki.
Pokok-pokok yang dimusnahkan itu merupakan milik sekumpulan petani di Palestin, yang juga menjadi sumber mata pencarian utama bagi keluarga mereka.
Turmus Ayya sering menjadi sasaran serangan berulang, di mana kawasan tanah Palestin yang luas sebelum ini telah diratakan untuk memberi laluan kepada aktiviti membesarkan penempatan penduduk haram Israel.
