TÜRKİYE
2 min membaca
Erdogan memperingati ulang tahun gempa bumi, Türkiye ‘tepati janji’ bina semula kemusnahan
Presiden Erdogan beri penghormatan kepada mangsa tragedi gempa bumi 2023 dan berpuas hati dengan pembinaan semula yang pantas di wilayah terjejas
Erdogan memperingati ulang tahun gempa bumi, Türkiye ‘tepati janji’ bina semula kemusnahan
Presiden Erdogan berkata Türkiye tidak akan melupakan mereka yang terkorban dalam dua gempa bumi yang melanda 11 wilayah di negara itu. / AA Archive
6 Februari 2026

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat memperingati mangsa dua gempa bumi yang melanda selatan Türkiye pada 6 Februari 2023, bersempena ulang tahun ketiga salah satu bencana paling dahsyat dalam sejarah negara itu.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah menunaikan janjinya untuk membina semula bandar-bandar yang musnah.

Dalam mesej yang dikongsi di platform media sosial Türkiye, NSosyal, Erdogan berkata Türkiye tidak akan melupakan mereka yang kehilangan nyawa susulan dua gempa bumi yang melanda 11 wilayah pada tiga tahun lalu.

“Kami tidak akan melupakan saudara-saudari kami yang telah kembali ke rahmat Yang Maha Pengasih akibat dua gempa bumi besar yang kami alami tiga tahun lalu hari ini,” katanya.

Memelihara legasi mangsa

Erdogan menegaskan kerajaan telah berikrar untuk memelihara legasi para mangsa dan memulihkan wilayah yang musnah.

“Kami berjanji kepada rakyat bahawa kami akan sentiasa menyimpan kenangan mereka dalam hati dan ingatan, memelihara apa yang mereka amanahkan kepada kami, serta membangunkan semula bandar-bandar yang musnah akibat gempa bumi,” katanya.

“Hari ini, dengan izin Allah, kami telah mengatasi cabaran ini dan membina semula serta menghidupkan kembali bandar-bandar kami dalam tempoh singkat tiga tahun. Kami menepati janji,” tambahnya.

Hantaran itu turut disertakan video yang memaparkan suasana kemusnahan pada 2023 yang dibandingkan dengan imej perumahan, infrastruktur dan kemudahan awam baharu yang telah dibangunkan.

Dua gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaraş itu meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabkan kerosakan besar di selatan Türkiye.

Erdogan juga dijangka menghadiri upacara memperingati mangsa-mangsa tragedi itu pada Jumaat.

SUMBER:TRT World & Agencies
Cari Berita Lain
Türkiye kecam rancangan jahat cetus perang saudara di Iran: Fidan
Sokongan NATO kepada Türkiye uji kesediaan pakatan itu semasa berdepan ketegangan Timur Tengah
12 Mac, hari memperingati lagu kebangsaan dan penyair nasional Türkiye, Mehmet Akif Ersoy
Türkiye sokong keamanan, mahu lihat gencatan senjata dalam perang Iran, kata Erdogan
Erdogan: Hentikan perang AS-Israel ke atas Iran sebelum ia merebak
Türkiye siap sedia sistem pertahanan Patriot lindungi ruang udara susulan perang Iran
Peluru berpandu balistik Iran dipintas dalam perjalanan ke Türkiye
Turkiye hantar enam F-16, sistem pertahanan ke Cyprus Utara susulan perang AS-Israel ke atas Iran
Türkiye tidak akan berlengah dalam menjamin keselamatan sempadan dan ruang udaranya: Erdogan
Turkiye panggil utusan Iran susulan peluru berpandu yang memasuki ruang udaranya
Desakan pertukaran rejim di Iran akan cetus 'senario bahaya' di rantau ini: Fidan
Nahas F-16 Turkiye di Balikesir: Juruterbang Mejar Ibrahim Bolat maut
SANCAR: Kenderaan permukaan tanpa pemandu bersenjata Türkiye
“Hatay bangkit semula dari abu seperti burung phoenix.”
Sebuah kereta merah dari Azerbaijan jadi simbol solidariti Turkik susulan gempa bumi Türkiye 2023
Industri pertahanan, tenaga jadi teras kerjasama baharu Malaysia–Türkiye
Penubuhan HLSCC Malaysia-Türkiye pacu hubungan ke tahap tertinggi, kata Anwarw
Malaysia–Türkiye meterai tujuh dokumen perkukuh kerjasama strategik dua hala
Anwar tiba di Türkiye untuk lawatan rasmi tiga hari, perkukuh kerjasama strategik dua hala
Puluhan ribu sertai protes Gaza di Istanbul